Saturday, 24 December 2011

Wedding Nana & Zaini

Assalamualaikum..

18 December 2011
At Wedding Nana & Zaini 

Jelas terpancar wajah kegembiraan di hari bahagia :)
Selamat Pengantin Baru Nana Love U <3







At Wedding Kawan Yus








Both of this wedding buat kat dewan..and both of theme is blue and white! hehe including the latest wedding Maya g ngn ummi Maya also in blue white theme..Guess this year lots of people choose to have this color hehe..Kat wedding nana is more like garden theme..really nice and different..Ade artis gtu..hehe 

Honestly my heart keep smiling to see my lovely Ma kawen jgk..really happy for her..She looks gorgeous in her wedding dress..of coz la kan raja sehari..Now tggu my close fren sorg lgk lak Yus & Imi kawen..can't wait haha..time tu nk snap pic byk2! huhu coz xsempat nk snap byk pic Nana kt wedding..

Tgk org kawen buat sy terpikir bile lak sy hahaha tp lambat agy..Heee sumpah tumpang hepi for Nana..her family dh la sgt2 baik ngn Maya ngn Yus..auntie lak stunning je aritu mse wedding anak die..cun la auntie..hehe nmpk muda gtu :)

Maya harap Nana bahagia hingga ke anak cucu..amiiin ^^

p/s: actually nk wat video special for Nana but sadly xsempat huhu sorry ye Ma :(

Friday, 23 December 2011

Tips Memiliki Kulit Yang Sihat



Assalamualaikum..

Kali ni Maya share tips untuk kulit sihat..semua perempuan pon nk kulit halus kan hehe..Maya pon same je..Ade setengah org mmg born with beauty..kulit halus..comel..nak kulit cantik cara hidup pon kne la sihat..so here few tips for girl out there including me :P


1. Katakan tidak kepada rokok
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok. 

2. Remajakan kulit anda dari dalam
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksida yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda. 

3. Pengelupasan kulit secara berkala
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu. 

4. Gunakan pelembab antioksi dan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembap yang mengandungi antioksida dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit. 

5. Bersenam 3 kali seminggu
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. Perpeluhan menggalakkan perembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Tazkirah Jumaat ~ Hikmah Bersujud


Assalamualaikum..


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Friday, 16 December 2011

Just Keep Swimming :P

Assalamualaikum..

Hehehe Maya dlm mood malas nk update blog so here is my little sis pny picture taken by me at Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani today..

Si kecik ni keep asking my mom ble nk g pool..last2 termakbul jgk hajat dak kecik ni..^^,











Thursday, 15 December 2011

Update! Food for Soul :)

Assalamualaikum..

Just to inform sape2 yg usha blog Maya ni hehe Maya dh tambah doa2 yg baru dlm Food for Soul..
So boleh le check tgk and save pic2 yg Maya letak tu..sbg panduan doa harian..Maya cari untuk Maya and sambil tu share dgn kwn2..sharing is caring ^__^

Antara doa-doa yang Maya tambah:
  • Doa Makan Minum untuk Adik-Adik
  • Doa Utk Mudah Menghafal
  • Doa Penerang Hati
  • Doa Keselamatan Dunia Akhirat
  • Doa Kejayaan/ Terang Hati/ Temuduga Pekerjaan
  • Selawat Syifa' / Selawat Penyembuh

Monday, 12 December 2011

10 Sebab Perempuan Mudah Merajuk

Assalamualaikum..

Hello..selamat petang hehehe Maya bosan arini..xde kje usha facebook je..tgh saket gg lg hadeh -__-" satu gg dh ok gg lain lak wat hal..ape daya hahaha duet byk mmg dh lme g wat treatment doctor gg surekan tuh..xde la asek ilang gg haha..

Tengah scroll facebook td Maya ternmpk sesuatu yg menarik perhatian Maya hehe..sebab perempuan mudah majuk..haha of coz la Maya amek share coz Maya ni pon girl and suke majuk hahaha ble bce tergelak jgk sbb ade yg betul kekeke so ape lagi yg lelaki diluar sna jum bace nape pompuan mudah majuk :P



1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh mereka dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

# Credit to: koleksicerita.com

Sunday, 11 December 2011

From KL to Kedah With Love ^^,

Assalamualaikum..

Dah berhari Maya xupdate blog..hehe now Maya tgh holiday kt Kedah..my hometown..rindu sgt dgn family..

9 December aritu Maya balik..naik bus je dr Puduraya..org hantarkan hehe..of coz la bdk superman sy..smp sna ktorg melantak dl..sbb Maya tersgt la lapar..so mkan kt McD sbb now PROSPERITY BURGER are back!! (*my favourite burger kt mcd! ) 

Smp Pudu tiket byk dh abes..luckily ada jgk..Next day smp Kedah je dh g kenduri and jalan sne sni hahaha..
Rindu dgn superman sy..hope die baik2 je kt sne xmo nakal2 yep hahahaha

Him and Me ~ Miss him so much :(
My Lil Bro
Auntie & Ummi
Me & Puteri <3

Koleksi gambar2 adek kecik saya yg suke camera! hahaha ^__^ 



 





Friday, 9 December 2011

5 Perkara Terpenting Perlu Anda Tahu :)

Assalamualaikum..


Ni Maya nk kongsi dgn kawan2..Maya tgh scroll facebook then terbaca ni dr my sis pny facebook..

Solat Subuh ~► Wajah yang cantik
Solat Zohor ~► Duit yang banyak
Solat Asar ~► Kesihatan yang baik
Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Kata Nabi Muhammad S.A.W :
  • Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya 
  • Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat 
  • Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan 
  • Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat 
  • Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak 
p/s : Sama2 la kte cube ye kwn2..ni pon peringatan bg Maya untuk jadi lebih baik insyaAllah :)

Tazkirah Jumaat ~ 4 Kunci Kebahagiaan



Assalamualaikum..


Ape pendapat korg if setiap Jumaat Maya wat satu entry Tazkirah Jumaat..ok x rasa2? Maya dpt idea bru td..hehe igt setiap Jumaat Maya nk post entry tazkirah..semoga setiap Jumaat Maya dpt kongsi kata2 semangat, pengetahuan atau ape saja yg baik2 utk dikongsi ngn korg ^^,

Jumaat 9 December 2011

So untuk arini Maya nk kongsi kt korang semua satu hadis yang boleh menjadi panduan kita bersama.
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!"
Riwayat Ibnu Hibban
Huraian :


Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
  1. Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
  3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
  4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.



Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

p/s : semoga ape yang dikongsikan korg jadikan sbg ilmu pengetahuan tambahan..Allah pon suke klu kte ni mencari ilmu kan? ^__^

Thursday, 8 December 2011

Cara Berlauk ~ Nyum Favourite! ^^

Assalamualaikum..

Arini Maya nk share resipi Cara Berlauk..my faveret tp Maya pon xpnh buat lg..dh cari resipi pasni maybe ley try bila ada masa..Maya ni if free2 kejenye salah satu carik resipi ape2 yg Maya teringin nk makan time tu or ape2 yg Maya suka..so sje la nk share ngn kawan2 hehe ^^,

Copyright: star_chef@yahoo.com
Hehe xpnh buat lagi so xde pic harap tuan pic xmrh ye :)

Bahan-bahan ( 10 keping )

Untuk Kuih Cara

  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula

Untuk Inti

  • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto

Cara-cara

  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
  4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.
# Credit to: myResipi.com

30 Day Blog Challenge ~ 4

Your favourite photograph of your best friend.


Assalamualaikum..


Today blog challenge adalah letak favourite photograph of best friend Maya..best friend Maya skrg ni Yus la..die n bf die Imi asenya dh kawan ngn Maya almost 5 thn nk msuk 6 tahun dah..lama an? haha dh paham perangai diorg..diorg dua ni slalu teman Maya n tolong Maya..tmbh2 bile Maya nk beli brg skrg dh xde transport jd diorg slalu tolong Maya..makaseh ye korg..Maya x kn lupa jasa baik korg dua! Maya sentiasa doakan korg kekal n cepat2 kawen amiiin..blh g kenduri nnt hehehe

Maya ngn Yus ni umo lain tp ktorg pemikiran kdg2 sme skit hehe..dh dh paham perangai masing2..mne2 pon byk ngn Yus n bf die je..Maya ni jrg kuar ngn org lain selain diorg..hehe kdg2 ase cm kaco daun lak menempek diorg dating..tp diorg ni baik..so harap kte 3 org berkawan smp bile2 ye! ^__^
Ummi Maya pon kenal dh dua org nih..balik kampung je xde sgt dh nm kwn lain nk sebut asek dua org nih je hahaha supe dh xde kwn lain je..nk wat cmne dh asek ngn berdua ni je..kekeke
Sayang korg dua mcm family Maya jgk ;)

Meet My Partner Yus :)

Yus & Imi ~ Maya doa cepat dpt kawen ^^

Imi ni rajin ooo kerja nk kumpul duet kawen ngn bff sy Yus hehehe

Been friends for 5 years and still counting 
~ Forever will be friend with both of them :)

Me & Yus ^^

Yus ngn Maya mse time amek pic sje2 :)

Friend Forever !

p/s : untuk previous entry for blog challenge Day 3 click la sini ^^,


Adamaya ~ Love Smp Bila2 ^^,

Assalamualaikum..


Hehe pagi2 xde keje nk buat..then Maya terigt drama yg ade my name gtu haha..love this drama so much! 

Love Adam..Sape xnk husband like him..btw Maya dlm tu lebih kurg perangai Maya ni haha emo, sensetip, cpt marah tp yg kurg baik tu kte berusaha la baiki..hehe Maya dh byk brubah sejak skolah alhamdulillah..pengalaman mematangkan seseorg ^^,

Korang sti tahu sgt2 cite ADAMAYA kan? tersgt la popular dulu kt Tv3..drama hits tu..Maya tgk berkali kali xpernah bosan..really..feeling abes tgk slalu cite ni..its about family..love..sacrifice..ye kte tahu dunia drama kadang2 xwujud atau susah utk tgk situasi lovey dovey dlm drama in real life..but really thats not the point..

Bagi Maya dlm cite ni byk pengajaran and Maya sendiri boleh ckp kte ley jdkan teladan dlm hidup berumahtgga..So mcm korg dh tahu, Maya (Lisa) dh ada kekasih aty, Dani (Arwah Faizal)..bercinta semasa diorg tgh study kt kolej tp mak ayah Maya ni nak kahwinkan Maya (Lisa) dgn Adam (Sein) atas sbb nk pergi Afrika 5 tahun..wlupon pd mulanya Adam xda prasaan kt Maya (Lisa) tp ats rasa tanggungjwb yg diberi ibu bapanya mntk die jg Maya (Lisa) ats amanah mak ayah Maya (Lisa) jd Adam pon trima..pd mulanya Maya (Lisa) xdpt trima..akhirnya dia jatuh aty kt kebaikan serta sikap bertanggungjwab yg ditunjukkan oleh suaminya, Adam setelah berkahwin..maka hadirlah Amani (Mia Sara) hasil dr cinta antara suami Maya (Lisa), Adam yg menyayangi isterinya..

Tapi selepas 5 tahun, Dani muncul smla dgn obses dia nk kt Maya (Lisa) semula maka pergolakkan rumahtgga Adam dan Maya (Lisa) bermula..tp akhirnya Maya (Lisa) sedar kasih, sayang serta cinta suaminya, Adam tersgtlah mendalam kpdnya jadi Maya (Lisa) sedar ats kesalahan dia terhadap Adam..nk cite pnjg2 sume dh tgk hehe so Maya shortcutkan cite ni..

Dari apa yg Maya tgk dr cite ni..Adam (Sein) menunjukkan ciri2 seorg suami yg bertanggungjwb..prihatin, die jgk seorg penyabar..kasih sayang yg diberikan kpd Maya (Lisa) sgt mendalam..ni adalah contoh suami yg perlu lelaki zaman sekarang ada..tp isteri plak xboleh derhaka kt suami igt k! 

Sepatutnya watak Maya (Lisa) bersyukur mempunyai suami yg baik dan bertanggungjwb..dah dpt suami mcm tu haruslah jaga elok2..sedia maklum syurga isteri dibwh suami..klu suami tu baik bertggungjwb mengapa perlu derhaka? lg pulak watak Adam (Sein) adalah seorg bapa yg bertggungjwb..wlupon watak Maya (Lisa) ada skit persamaan dgn diri Maya sendiri tp bg Maya apa yg watak Lisa buat tu adalah sesuatu yg xwajar..suami yg baik jgn kta derhaka pd suami yg mcm tu..malah kte kne menghargai suami mcm tu :)

Buat Bakal Suami Maya
  • Maya harap die jd seorg suami yg bertanggungjwb..Maya cm mengharapkan seorg lelaki yg ikhlas mnjaga Maya kelak..soal harta kekayaan tu semua kerja Allah..rezeki insyaAllah ada jika berusaha..disebabkan kekurangan Maya yg Maya lalui sepnjg hidup ni, Maya berhrp suami Maya dpt mengisi kekosongan serta kekurangan hidup Maya sejak kecik lg..hrp doa Maya dimakbulkan Allah..amiinnn
Buat Peringatan Maya
  • InsyaAllah Maya nk cuba jd seorg isteri yg baik..jika ada lelaki sanggup menjaga Maya seikhlas hati die, bertanggungjwb serta mencurahkan kasih syg yg Maya kekurangan sejak dulu, insyaAllah Maya jgk akan cuba terbaik untuk menjaga istana Maya..segala kekurangan Maya, Maya hrp Maya boleh baiki sikit demi sikit demi suami Maya nnt..kta xley la mintak mcm2 kt org sedangkan kta xnk memberi..untuk dpt kta jgk harus memberi..jd xblh la hny usaha seblh pihak..jadi Maya akn cuba sedaya upaya jgk menjaga aty suami Maya ^^, 

Maya selalu impikan suami seperti Adam..seorg lelaki yg melindungi serta sayangkan Maya sepenuh hati..seorang lelaki yg berusaha demi cinta yg suci buat isteri..buat anak2..sape xnk kan suami mcm tu..jd sama2 la kta berdoa kpda Allah mudah mudahan doa kta termakbul..untuk itu kta pon kne baiki diri sedikit demi sedikit ya ^__^

Picture yang lagi Handsome dr Sein, serta Kiut Miut dr Lisa dan Mia Sara dlm Adamaya: 

Adamaya <3
Si Cute Lisa dan Mia n Si Kacak Sein :)

Si Kacak ADAM ~ Sein <3
Sein mmg hensem Maya dl pnh g wedding die ngn Nana tgk dpn2 sumpah kacak hehe :)

Buat Suami..pegang tgn isteri wlupon dh berkahwin..bukan time kapel je pegang cm xnk lepas dh kawen mls nk  pegang..kasih syg tu kena sentiasa disemai..dh kawen lg la kne romantik!
Bunga untuk isteri..Romantik tu ^^

Cium isteri atau suami sebelum keluar..dpt eratkan kasih syg tau! Jadi suami isteri yg jarang buat tu rajin2 la buat..xyah la segan2 suami isteri sendiri jgk :)
Kacak dan Kiut <3
Love Both <3


p/s : tak semestinya dlm drama tu hanya angan2..kadang2 yg baik tu kta amek sbg pengajaran dan belajar menjd lebih baik..yg buruk jdkan tauladan supaya kta xikut jadi mcm tu..apa yg bagus kta amek..yg xbgus kta ubah la skit2..yg penting doa kpda Allah kerana hanya Dia yg lebih mengetahui segalanya yg ada dan dia la pencipta kita..jd jgn hny igt dunia je..Maya pon sentiasa cuba baiki diri yg mna kurang skit demi skit..baby step pon xpe janji kita ada niat dan tekad nk brubah..klu hny tggu org je berdoa n cuba nk ubah kta tp kta sendiri xnk amek initiatif nk brubah xjd jgk..aty sendiri masing2 th..jd brubah la slow2 sblum terlambat..amek langkah..betulkan niat..tekad..insyaAllah boleh..maaf jika ape2 pendpt Maya ni xsma dgn org lain..ini hny dr pengalaman Maya..apa yg salah hrp korg betulkan..Maya pon xperfect masih lg kurang byk benda :)